Assalamualaikum semua...
Pasti ramai yang tertanya-tanya macam mana nak bezakan kualiti kain cotton terutamanya apabila membeli cotton secara online. Kalau beli dekat physical shop (macam di Jakel, Gulati's, Nagoya, Kamdar etc etc) boleh gak kita rasa-rasa pegang-pegang kain tu kan? Tapi kalau beli online macam mana nak bezakan? Rata-rata pemilik online shops akan cuba bagi detail lengkap tentang setiap material yang mereka jual. Tapi macam mana kita nak bezakan yang mana high quality cotton dengan lower quality cotton? Hari ni, saya akan share cara ringkas untuk memilih cotton yang berkualiti yang bukan sahaja boleh anda guna untuk pembelian online, tapi boleh jugak belek2 kalau beli di Jakel segala tu..
Kebiasaannya, kilang-kilang yang menghasilkan kain akan meletakkan label di bawah kaki kain. Macam contoh dekat bawah ni.
Biasanya huruf "S" akan digunakan sebab inilah cara yang paling mudah untuk mengredkan kain. Tapi apa pulak maksudnya dengan 40s tu? Ianya merujuk kepada thread weight iaitu berat benang yang digunakan untuk menghasilkan kain tersebut. Saya rasa tak perlu kot pergi terlalu detail tentang weight of yarn per yard segala tapi cara mudah untuk memahami label tersebut ialah:
1) Lagi kecil angkanya (i.e 18s, 20s) lagi berat dan tebal sesuatu material itu. 20s biasanya digunakan dalam penghasilan t-shirt.. 30s untuk kemeja lelaki.
2) Lagi besar angkanya (i.e 40s, 60s) lagi ringan dan licin sesuatu material (pastinya harga juga berbeza). Cotton dengan kualiti 40s ke atas dianggap premium dan biasanya digunakan untuk baju wanita. Kainnya lebih halus.., cotton 60s sangat ringan tetapi bila dibuat menjadi baju, cantik jatuhnya..
Japanese, English, Swiss, Italian cotton lazimnya berbeza dari segi motifnya sahaja tapi satu ciri yang membezakan mana-mana kain adalah dari segi "S" nya. Viscose, cotton viscose juga mempunyai gred yang sama (i.e. menggunakan "S" untuk membezakan kualiti).
Mulai 2013, kami di Ferntastic Fabric akan hanya menjual fabrik dengan kualiti 40s dan ke atas untuk menjamin tahap kepuasan yang tinggi untuk para pelanggan kami..
Jom! Jemput cuci-cuci mata tengok-tengok lihat kain-kain cotton dan viscose terbaru untuk tahun 2013..
Happy shopping!!!
Rujukan
1) www.maniakaos.com
2) Ezine Articles
3) www.t-shirtforums.com
Disclaimer: Penerangan di atas adalah hak intelek kami di Ferntastic Fabric berdasarkan info yang kami kumpul dari internet. Mohon untuk tidak menyalahgunakan informasi yang diberikan. Sekian terima kasih.
No comments:
Post a Comment
Terima kasih daun keladi :)